Followers

Wednesday, September 23, 2009

jiwa hidupku...

apa pendapat anda tentang MUZIK??emm.let me see..owh many people luv it!! well i do..i really obsessed with it!as you know..music has become a part of my life..bak kate org "air dicincang bekali2 pon takkan putus ar.." peribahase aku ubah sendiri...hehe..aku suke sagt dengar lagu..music...eh samela tu..aku ta kisa genre ape lagu tu..jji sedap didengar..em..bab tu la aku letak mcm2 lagu kat blogger nih..especially myspace aku..hehe lagi satu aku suke update lagu2 aku dari yg lame ke baru..emm biasela..kdg2 mood pon berubah..takkan la na slalu dengar lagu yg sama rite?


kdg2..sesetengah lagu tu membuatkan aku teringat pada kenangan2 lampau..masih jelas dibayang mata..banyak lagu yg hampir2 menceritakan separuh kisah hidupku..emm.bnyak kisah..ntilah aku cerita..aku akan merasa sedih..insyaAllah akanku kongsikan bersama kalian..ok?emmm.out sebentar..salam..

Tuesday, September 22, 2009

C.I.N.T.A cuba anda fikirkan..

C.I.N.T.A…Hanyalah sepatah perkataan yg membawa maksud tersendiri mengenai hati dan perasaan.
Namun pasti bukan semua yg memahami apakah itu cinta.Bagaimana pula dgn kamu?..


1-Jangan tertarik kpd seseorg hanya kerana paras rupa,kekayaan dan kedudukan kerana ia bukanlah penjamin kebahgiaan.
Tetapi tertariklah kepada si dia kerana senyumannya yg mampu membuatkan hidup kamu seceria warna sang pelangi.


2-Ada saat2 dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorg sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan bersamanya dalam alam nyata.
Semoga kamu memimpikan org seperti itu.


3-Bermimpilah ttg apa yg ingin kamu impikan,pergilah ke tempat2 kamu ingin pergi.Jadilah seperti yg kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan utk melakukan hal2 yg kamu lakukan.


4-Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yg lain dibukakan.Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pd pintu yg tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yg di bukankan bg kita.


5-Kata2 yg terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yg berlaku dari sudut hati.
Tiada kata2 yg dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan saying dan cinta itu sendiri yg wujud dan di pamerkan secara semula jadi.


6-Awal dari cinta adalah membiarkan orang yg kita cintai menjadi dirinya sendiri,dan tidak merubahnya menjadi gambaran yg kita inginkan.
Jika tidak,kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yg kita temukan dalam dia.


7-Orang2 yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal2 terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yg terbaik dari setiap hal yg hadir dalam hidupnya.


8-Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dgn beberapa org yg salah sebelum bertemu dengan org yg tepat,
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


9-Perkara paling menyedihkan dlm hidup ialah apabila bertemu dengan seseorg yg sangat bererti dlm hidupmu tetapi akhirnya terpaksa
di lepaskan atas alasan yg kukuh.


10-Cinta datang kepada mereka yg masih berharap sekalipun pernah di kecewakan,kpd mereka yg masih percaya sekalipun pernah dikhianati,
kpd mereka yg masih mencintai sekalipun pernah di sakiti hatinya.


11-Sungguh menyakitkan mencintai seseorg yg tidak mencintai dirimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorg dan tidak pernah memiliki
keberanian utk mengutarakan cintamu kepadanya.


12-Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal andai kamu masih mahu meneruskannya.Jangan sesekali pernah menyerah jika kamu
masih merasa sanggup dan jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


13-Ada hal2 yg sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari org yg kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian,janganlah menulikan telinga utk mendengar dari org yg mengatakannya dengan sepenuh hati.


14-Hanya di perlukan waktu seminit utk mentafsir seseorg,sejam utk menyukai seseorg dan sehari utk mencintai seseorg,tetapi
di perlukan waktu seumur hidup utk melupakan seseorg..

DiD yOu faLL in LOve ???


16 sign when u love someone


SIXTEEN :
When you're on the phone with them late at night and they hang up, you still miss them even when it was just
two minutes ago.


FIFTEEN:
You read their Texts and Ims Over and over again.


FOURTEEN:
You walk really slow when you're with them.


THIRTEEN:
You feel shy whenever they're around.


ELEVEN:
When you think about them, your heart beats faster but slower at the same time.


TEN:
You smile when you hear their voice.


NINE:
When you look at them, you can't see the other people around you, you just see him/her.


EIGHT:
You start listening to slow songs while thinking about them.


SEVEN:
They're all you think about.


SIX:
You get high just from their scent.


FIVE
You relize you're always smiling when you're looking at them.


FOUR:Yo u would do anything for them, just to see them.


THREE:
While reading this, there was one person on your mind this whole time.


TWO:
You were so busy thinking about that person, you didnt notice number twelve was missing


ONE:
You just scrolled up to check & are now silently laughing at yourself.




AdiK daN paLestin..



sempena hari raya yang mulia ini..marilah sama2 kita menghayati dan memahami erti kebebasan yang sebenar..
TOLONG DIBACA...PENTING SEKALI!!
thanks 4 ur cooperation..



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik
tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju
baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang
pakai baju baru.



Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar,
La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid
sambil menjerit takbir raya.Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid.
Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut,
Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.



Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa
kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.



Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu
tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang
bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan
walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak
tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid
pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada
adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.
Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!



Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut
nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik.
Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi
dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk
rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik,
ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali
lagi. Adik cuma mengangguk. Adik nak ikut walid Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.



Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.
Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk
diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola.
Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung
empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang
benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.



Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu
menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas
beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan
rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu
kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. Adik jaga ummi ya pesan abang. Abang nak pergi mana tanya adik seperti
orang bodoh. Abang nak pergi berjuang. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.



Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. Isra..Israfil. terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel. Ummi membetulkan sebutan adik. Is.ra.el akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.



Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata
di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik
pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok
di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke
suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan
batu lagi pada keesokkan harinya.



Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi
minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal
di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan
semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.
Ummi, kenapa kita hidup susah adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.
Kita kena sabar sebab sabar itu cantik ujar ummi perlahan.
Cantik macam syurga ker ummi adik tanya lagi.
Ummi senyum.
Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa sambung ummi lagi.
Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama
adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah
dan cekal macam Nabi Muhammad.



Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.
Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik.
Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim..
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru
umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah
satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan
dari luar.
Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahidmuncul Mak Cik Fatima di depan
rumah.
Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.
Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti
mereka kelak terang Mak Cik Fatima panjang lebar.



Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan
orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu
adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik.
Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.



Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.
Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik
tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila
berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat
yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya
Jamal.



Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik
dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran
tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu
sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang
ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak
putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik
menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan
tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....



Muhammad!!!!!!! Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang
mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk
melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi
walaupun perit.



Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh
bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.



Ya Allah...
Aku memohon cinta-Mu...
Dan cinta orang yang mencintai-Mu...
Serta semua amalan yang mendekatkanku
kepada cinta-Mu...

Blacy Smiley - Victory