Followers

Tuesday, November 8, 2011

SHARK NIGHT bertukar PARANORMAL ACTIVITY 3

salam.. haa mai2 sini aku na cita kat hangpa2 semua nih.. bukan paa saja na hengatkan korang mane la tahu kot2 korang nak tengok ke... baik aku halang awai2... tengok pa? haaa.. tengok paa tu yang suspen tuh! aku dan adik aku berhajat nak tengok lah wayang hari ni.. firstly we all meronggeng pegi jusco.. sampai jusco tada cita best.. (dush!) errghhhh geram nyaa punya la penat drive eh merempit jauh2 tup2 tada cita best! grrr...~! then aku n adik ako pon blah g parade.. ta smpai 15 minit sampai la ke parade tu.. alangkah laju nye kami menunggang.. merbahaya songgoh! hangpa jangan dok tiru lahh malang tak berbau sok lusa ntah apa jadi kita pon ta tau.. okies! sila memandu dengan berhemah jangan tiru macam saya.. sebab bila saya punya gila dah mai.. haa lori dpn mata pon mcm beskal... hahaha ! (tak lawak ponn~~~) 

oke then story di IPOH PARADE.... 
sampai ja sini kitorang pon bergegas la ke wayang! tak pikir apa daa bukan pa takot terlepas cita yang kami nak tengok tuh... oup ya! cita nya SHARK NIGHT 3D bagi aku dan umor2 yang seangkatan dengan ako ... no hal la na tengok tapi bila ku sedar kewujudan adik aku... ciss! only 18+ and above je bole masok ~! siap mntak ic da mcm warga asing ... bagi u olls yang slaloo tgok wyg tu mybe la dah biasa but bg aku.. this is the first time maa! takkan la aku nak biar adik aku sorang2 kat luar then aku masuk sorang2??? memang TAK la! gila kau bedah?! bahaya! nak plak cita tuh ada unsur2 seks melucah dan yang tak sepatut dengannya! haiyaa! kang tengok orang lain berdrama lak! eeee~~~ (hangpa suka la tuh! ) maybe jugakla movie tu berunsur ganas yang sampai mmbuatkan orang terbawak2 dalam mmpi macam aku! mau ade orang tido dlm laot pasnih... heee tapi kalau aku tipu umur adik aku pun mesti depa2 nih caya al-maklumlaa adik aku ni da matured la katekan (matured ke?) haha aku da boleh amek tempat dia sebagai adik tuuu... tapi disebabkan brader tu mintak ic.. punah ranah harapanku.! tu la ada niat nak menipu tak baik tau! jangan buat! kami baru niat jaa ta buat lagi.. ! 


:: SENSORED::

ni la poster shark night tu... buat adik2 yang below 18+ tu jangan la dok pi try tengok cerita nih.. kalau hangpa pi pon hangpa jangan ingatlah lepas na masuk.. ramai adik2 baya2 hangpa ni keciwa ta boleh tengok cerita nih tadi.. ada gak family datang bawak anak beranak mai na tengok cerita nih tapi bukan rezeki depa.. kesian pon ada tapi takpa laa benda dah jadi.. mana bole na putaq2 kalau kepala hangpa takpa meh ceq free2 ja putaq2 kan.. haha maap laa ceq gurau jaa.. takpa2 nanti ceq download cerita ni ceq tengok sorang2 apa benda yang sensored sangat dalam cerita ni.. ingat hangpa tengok boleh jangan sampai ikut apa yang ada dalam cerita tuh.. yang baik kita jadikan TELADAN... yang buruk dijadikan SEMPADAN.. jangan plak hangpa gatai2 nak try ! nanti hangpa jugak yang susah aku ta campuq! lantak kome la! hahahahahahhahahahha evil laugh!)


dah ta bole tengok cerita tu... aku pon tengok la PARANORMAL ACTIVITY je dengan adik aku... sian adik aku terpaksa tengok cerita nih lagi sekali..(padan muka!) haha jahat gila.. cerita lain semua ta best! Alamak .... TOYOL pun macam tak menarik aku je nak tengok cerita ni.. bukan ta support Malaysia punya cerita just ta teringin na tengok lagi jaa.. maklum la jiwa aku ni jiwa hardcore layan cerita triller seram fiksyen jaa.. mana tak GILA! haha ... takpa la.. layan jugak cerita nih.. mencemaskan! dan menyeramkan.. eee seram neh! banyak adegan yang tak disangka2 ... sampai aku terbayang2 sampai sekarang laa... yang pasti korang boleh kena serangan jantung la sebab banyak adegan terkejut2~~ fuh~! sabar jela.. btw aku puas hati laa.. cerita best.. lenkali jela tengok shark night tuh.. nak tunggu adik aku 18 tahun.. mau berjanggut la jawabnya... haha oke then... nih poster paranormal activity 3..


dah tengok ka belom??? best! 

okeyla.. tu je aku nak cerita hari ni.. next time aku cerita benda lain pulak okey! just tungguuuuuuu~~~~~ k la adios! salam ukhuwah! :))



Thursday, November 3, 2011

jumaat yg BARAKAH... (siri 2)

Assallammualaikum w.b.t 

Alhamdullilah syukur di atas limpahan rahmat dan kurnian-Nya kita maseh lagi dapat bernafas dan menghirup udara yang segar di pagi jumaat yang indah ini.. haruslah kita sebagai hamba-Nya mensyukuri dan menagungi Allah s.w.t yang telah mmberikan kita jasad untuk hidup bersama roh bagi melewati hari2 kita sebagai seorang muslim yang berjaya di atas muka bumi mahupun di dunia dan akhirat... 

alhamdullillah.. aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpahan dan kurniaan-Nya .. akhirnya aku berjaya menamatkan zaman diploma ku dengan jayanya... keputusan semester akhirku membuatkan aku tidak sabar menjejakkan kaki ke peringkat ijazah pula.. aku bersyukur pada-Mu ya Allah!!! terima kasih tak terhingga diucapkan pada mak dan abah yang telah banyak membantu dan membimbingku sepanjang pembelajaranku pada waktu diploma.. terima kasih juga kepada para sahabat yang sama2 berjuang bagi mencapai cita2 masing2 .. pelbagai usaha telah dilakukan.. berkat doa kita bersama alhamdullillah kita dapat menempuhinya bersama2 ~! tahniah sahabat2~!! terima kasih tak terhingga juga kepada tenaga pengajar universiti teknologi mara perlis kerana telah membantu membimbing anak2 muridmu untuk terus berjaya dan hasilnya .. MEMUASKAN... terima kasih cikgu~!! 

dan sedikit tazkirah jumaat yang diadaptasi dari pangkin4rest.com untuk renungan kita bersama :)

Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak
sikap takabur atau sombong diri:

1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan
dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu
lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia
dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau
mengetahuinya.
4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
kita mengetahuinya.
5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa
diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang
jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita
akhirnya.
6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si
kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang
keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam
kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu
lagi.




p/s :: :BERSYUKURLAH KAMU WALAUPUN SEDIKIT"


Blacy Smiley - Victory