Assallammualaikum w.b.t
Alhamdullilah syukur di atas limpahan rahmat dan kurnian-Nya kita maseh lagi dapat bernafas dan menghirup udara yang segar di pagi jumaat yang indah ini.. haruslah kita sebagai hamba-Nya mensyukuri dan menagungi Allah s.w.t yang telah mmberikan kita jasad untuk hidup bersama roh bagi melewati hari2 kita sebagai seorang muslim yang berjaya di atas muka bumi mahupun di dunia dan akhirat...
alhamdullillah.. aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpahan dan kurniaan-Nya .. akhirnya aku berjaya menamatkan zaman diploma ku dengan jayanya... keputusan semester akhirku membuatkan aku tidak sabar menjejakkan kaki ke peringkat ijazah pula.. aku bersyukur pada-Mu ya Allah!!! terima kasih tak terhingga diucapkan pada mak dan abah yang telah banyak membantu dan membimbingku sepanjang pembelajaranku pada waktu diploma.. terima kasih juga kepada para sahabat yang sama2 berjuang bagi mencapai cita2 masing2 .. pelbagai usaha telah dilakukan.. berkat doa kita bersama alhamdullillah kita dapat menempuhinya bersama2 ~! tahniah sahabat2~!! terima kasih tak terhingga juga kepada tenaga pengajar universiti teknologi mara perlis kerana telah membantu membimbing anak2 muridmu untuk terus berjaya dan hasilnya .. MEMUASKAN... terima kasih cikgu~!!
dan sedikit tazkirah jumaat yang diadaptasi dari pangkin4rest.com untuk renungan kita bersama :)
Petikan dari kitab karangan Imam Al Ghazali sebagai panduan utk mengelak
sikap takabur atau sombong diri:
1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan
dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu
lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia
dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau
mengetahuinya.
4. Jika kita melihat orang yang jahil, janganlah anggap atau merasa diri
mulia atau lebih baik daripadanya, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan
atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan
kita mengetahuinya.
5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa
diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang
jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari
perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita
akhirnya.
6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si
kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang
keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam
kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah
Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu
lagi.
p/s :: :BERSYUKURLAH KAMU WALAUPUN SEDIKIT"
No comments:
Post a Comment